AKTIVITI GOTONG ROYONG



 Usaha pertama untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

No comments:

Post a Comment

USAHA MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA.

PENGAJIAN ISLAM MPU23012 TAJUK : USAHA MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA . NAMA PENSYARAH : PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD. AHLI KUMPULAN : ...